KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL 2009
TADIKA HALIMATUS SAADIAH
IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR
DENGAN KERJASAMA PISMK-OUM PRASEKOLAH
            Karnival Sukaneka dan Permainan Tradisional ini merupakan aktiviti sukan tahunan bagi Tadika Halimatus Saadiah. Ia akan menjadi suatu pemangkin dalam pembentukan individu yang cergas lagi cerdas melalui aktiviti-aktiviti sukan yang teramat penting dalam proses tumbesaran dan perkembangan kemahiran fizikal murid. Sukaneka ini juga akan melibatkan pelajar-pelajar PISMK-OUM kursus prasekolah sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana bagi mereka memenuhi salah satu keperluan dalam tugasan kursus mereka.
2.0 MATLAMAT
            Matlamat utama Karnival Sukaneka dan Permainan Tradisional ini adalah untuk mengetengahkan potensi diri kanak-kanak dalam bidang sukan. Menerusi aktiviti sukan, kanak-kanak akan dapat menunjukkan kemahiran dan kemampuan fizikal mereka dengan sepenuhnya. Selain itu, semasa aktiviti sukan juga, kanak-kanak akan didedahkan dengan semangat kesukanan seperti semangat berpasukan, tidak mudah berputus asa dan berusaha untuk menang. Aktiviti Karnival Sukaneka dan Permainan Tradisional ini juga adalah merupakan sebahagian keperluan untuk para pelajar PISMK-OUM kursus prasekolah memenuhi kehendak tugasan kursus HBPS4203 Perkembangan Fizikal dan Pembelajaran Kanak-Kanak mereka disamping dapat memberikan pendedahan kepada mereka tentang proses pengendalian aktiviti-aktiviti seperti Hari Sukan di sekolah nanti.
3.0 OBJEKTIF
            Objektif Karnival Sukaneka dan Permainan Tradisional adalah seperti berikut :
i.      Kanak-kanak akan menunjukkan potensi diri dengan lebih yakin dan berusaha dalam mencapai sesuatu matlamat. ( 2.3.2 ).
ii.     Kanak-kanak akan menggunakan keseluruhan anggota badan dalam melakukan acara sukan yang dipertandingkan. ( 2.4.3 )
iii.    Membentuk personaliti kanak-kanak yang mantap seperti mempunyai daya saing untuk menang, tidak mudah putus asa, bekerjasama, menghormati rakan-rakan sebaya, bersungguh-sungguh dan sebagainya.( 3.1.4, 3.2.4, 4.1.2 )
iv.   Kanak-kanak dapat mengenali dan bermain beberapa jenis permainan tradisional. (5.4.1 )
v.    Memenuhi keperluan tugasan kursus HBPS4203 Perkembangan Fizikal dan Pembelajaran Kanak-Kanak pelajar PISMK-OUM kursus Prasekolah.
vi.   Merapatkan hubungan silaturrahim di antara pihak ibu bapa dengan warga pengurusan Tadika Halimatus Saadiah.
4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh              :           28 Mac 2009
Masa               :           8.00 pagi – 12.00 tgh/hr
Tempat            :           Padang Kampus Pendidikan Islam Selangor
5.0 PESERTA
i.      Murid-murid Tadika Halimatus Saadiah.
ii.     AJK Pengurusan Tadika
iii.    Ibu bapa murid.
iv.   Pelajar PISMK-OUM.
6.0 ATURCARA PROGRAM
| MASA | AKTIVITI | 
| 7.30   – 8.00 pagi | Pendaftaran | 
| 8.00   – 8.20 pagi | Perbarisan   rumah sukan | 
| 8.20   – 8.30 pagi | Ucapan   alu-aluan oleh Penyelaras Tadika Halimatus Saadiah | 
| 8.30   – 10.30 pagi | Acara   sukan bermula | 
| 10.30   – 11.00 pagi | Jamuan | 
| 11.00   – 12.00 tgh/hr | Acara   Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutupan oleh Pengarah IPGM Kampus   Pendidikan Islam Selangor | 
7.0 AHLI JAWATANKUASA
AJK PENGURUSAN TADIKA
Penaung                      :           Tn. Hj. Amin bin Mohd Rashid
Penasihat                    :           Dr. Azma binti Mahmood
Penyelaras                  :           Pn. Amali binti Ibrahim
Setiausaha                  :           Pn. Norliah binti Kasim
Bendahari                    :           Pn. Roziah binti Mohd Saidi
AJK PELAKSANA PISMK-OUM PRASEKOLAH
Pengarah Program     :           Abdul Hadi bin Ahmad Sazili
Setiausaha                  :           Nur Syakira binti Mohd Rahim
Bendahari                    :           Siti Nurus Saadah binti Zakaria
SENARAI BIDANG TUGAS AJK PELAKSANA
| JAWATANKUASA | BIDANG TUGAS | 
| AJK   Sambutan / Pendaftaran                        :                          i.         Abdul   Hadi bin Ahmad Sazili                          ii.         Dzulhakim   bin Baharom                         iii.        Siti   Husna binti Yahya                          iv.        Siti   Raudzoh binti Hussin | 1.    Menyediakan borang kehadiran murid   dan borang penyertaan acara ibu bapa 2.    Menyambut kehadiran tetamu VIP dan   ibu bapa 3.    Mengiringi tetamu VIP ke pentas   utama 4.    Mengedarkan brosur 5.    Mendaftarkan kehadiran murid-murid 6.    Mendaftarkan nama ibu bapa yang   ingin menyertai acara | 
| AJK   Pembukaan & Penutupan          :                          i.         Abdul   Hadi bin Ahmad Sazili                          ii.         Dzulhakim   bin Baharom                         iii.        Siti   Husna binti Yahya                         iv.        Siti   Raudzoh binti Hussin | 1.    Menyediakan teks ucapan untuk   penyelaras Tadika dan Pengarah IPGM  2.    Menjadi pengacara dan pemudahcara   majlis 3.    Memastikan kelancaran acara   perbarisan 4.    Memastikan kelancaran sepenuhnya   program | 
| AJK   Peralatan :                         vi.        Ahmad   Fikri bin Zulkifli                        vii.       Mustakim   bin Ahmad                        viii.       Faezah   Hanim binti Mansor                         vi.        Suwarnambigai   Nair a/p Vasu                         v.        Ain   Naziha binti Abdul Majid@Ahmad | 1.    Menyenaraikan peralatan yang   diperlukan bagi setiap permainan 2.    Menyediakan peralatan yang lengkap 3.    Menyelenggarakan peralatan selepas   tamat acara permainan | 
| AJK   Acara Permainan & Kehakiman :                        vii.       Ahmad   Fikri bin Zulkifli                        viii.       Mustakim   bin Ahmad                         ix.        Faezah   Hanim binti Mansor                         x.        Ain   Naziha binti Abdul Majid@Ahmad                         xi.        Suwarnambigai   Nair a/p Vasu | 1.    Meneliti peraturan setiap permainan. 2.    Memberi taklimat peraturan kepada   peserta dan pengadil 3.    Memastikan acara permainan   dijalankan mengikut masa yang ditetapkan 4.    Menyediakan borang keputusan 5.    Menjadi pengadil untuk permainan | 
| AJK   Siaraya                            :                         iv.        Syed   Muhamad Zaki bin Syed Ahmad al-Yahya                         v.        Tengku   Budiman bin Tengku Mohd Ali                         vi.        Nur   Syakira binti Mohd Rahim | 1.    Menyediakan bunting 2.    Menyediakan Sistem Siaraya yang   lengkap dan berfungsi 3.    Menyediakan tag AJK dan guru rumah 4.    Menyediakan kamera, kamera video dan   lagu-lagu yang sesuai sepanjang program 5.    Mendokumentasi program | 
| AJK   Persiapan Tempat, Kebersihan & Keselamatan:                         iv.        Syed   Muhamad Zaki bin Syed Ahmad al-Yahya                         v.        Tengku   Budiman bin Tengku Mohd Ali                         vi.        Nur   Syakira binti Mohd Rahim | 1.    Menyediakan meja hadiah dan meja   urusetia 2.    Menyediakan dekorasi tempat dan   gelanggang 3.    Menyediakan kerusi VIP 4.    Menyediakan Peti Pertolongan Cemas | 
| AJK   Jamuan                                       :                          i.         Juliea   Rushena binti Adenan                          ii.         Abu   Shaznee bin Abu Samah                         iii.        Siti   Nurus Saadah binti Zakaria                         iv.        Teoh   Yin Han | 1.    Menentukan menu dan menempah makanan    2.    Menghidang makanan 3.    Menyediakan minuman ringan  4.    Memastikan kebersihan tempat jamuan   sebelum dan selepas jamuan | 
| AJK   Hadiah & Cenderamata              :                         v.        Juliea   Rushena binti Adenan                         vi.        Abu   Shaznee bin Abu Samah                         iii.        Siti   Nurus Saadah binti Zakaria                        vii.       Teoh   Yin Han | 1.    Menyenaraikan bilangan hadiah   mengikut kategori permainan 2.    Menyediakan cenderamata VIP 3.    Membungkus hadiah (pembelian hadiah   dijalankan oleh AJK Pengurusan Tadika) 4.    Menyusun hadiah mengikut kategori   acara 5.    Memastikan acara penyampaian hadiah   berjalan lancar | 
Aktiviti untuk kanak-kanak Prasekolah
Berkumpulan             :
                       i.       Sepatu Tempurung
                       ii.       Tarik Upih
                      iii.      Lompat Getah
                      iv.      Rakit Darat
                      v.      Ikan & Nelayan
Aktiviti untuk kanak-kanak terbuka
| Bil | Acara | Kategori | 
| 1.     | Kutip   gula-gula | 1 –   4 tahun | 
| 2.     | Tiup   belon dan pecahkan | 5 –   6 tahun | 
| 3.     | Cari   gula-gula dalam tepung | 7 –   9 tahun | 
| 4.     | Pancing   botol | 10 –   12 tahun | 
Bapa                                       :           Cari Barang
Ibu                                           :           Musical Chair
Berpasangan Ibu dan Bapa :           Kepit belon
Aktiviti Keluarga
       i.       Perlumbaan Sukaneka
Aktiviti Terbuka
Lelaki              :           Pijak Belon
Perempuan    :           Cabut Ekor Musang
Aktiviti untuk AJK Pengurusan, para pensyarah dan staf sokongan
       i.       Gigit epal gantung
9.0 ANGGARAN BELANJAWAN
| BIL. | PERKARA | KIRAAN | JUMLAH | 
| 1.       | PERALATAN |  | RM   200.00 | 
| 2.       | JAMUAN | 100   orang x RM 3.00 | RM   300.00 | 
| 3.       | CENDERAMATA |  | RM  50.00 | 
| 4.       | HADIAH |  | RM   500.00 | 
| JUMLAH KESELURUHAN | RM 1050.00 | ||
10.0 PENUTUP
            Dengan adanya Hari Sukaneka, kebolehan dan potensi kanak-kanak dalam bidang sukan akan dapat ditonjolkan. Ibubapa juga akan dapat lebih memahami minat dan kebolehan anak melalui aktiviti ini. Diharapkan dengan sukaneka ini akan dapat menanamkan minat dalam diri kanak-kanak untuk bidang sukan dan menggalakkan mereka untuk berjaya dalam bidang ini di masa hadapan, Insyaallah. Di samping itu, Hari Sukaneka ini juga akan dapat merapatkan lagi hubungan di antara pihak ibubapa, AJK Pengurusan Tadika, para pensyarah Prasekolah dan pelajar-pelajar PISMK OUM PRASEKOLAH. Diharapkan juga pendedahan kepada pelajar PISMK-OUM tentang pengendalian Hari Sukaneka ini akan dapat membawa manfaat kepada mereka di masa hadapan.
 

 
 
4 comments:
apasal kosong je?
kosong??
ade jer..
tp bab 8 tue kena betulkn sket..
dh overlap ngan table tue..
huhuhu
maner ader....xde overlap pon.....
hahah...mase akim tgk mmg kosong pon...internet aku mase tue...skang ko tgk mmgla dah ader eky...
bile d exact date?nak g kenduri kawen ni...
Post a Comment