Subscribe:

Salam kepada semua warga kelas PISMK-OUM 8.03..hari ini en. Mokhtar sudah menyerahkan kembali tesis-tesis kita yang telah siap menjalani proses "binding"..syukur kerja-kerja tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah..walaupun begitu, terdapat beberapa perkara lanjutan yang perlu kita berikan perhatian sebelum isu tesis ini selesai sepenuhnya..

1)terdapat 3 salinan bagi setiap individu..setiapnya perlulah diperiksa bagi mengesan sebarang kesilapan ataupun kecacatan (ejaan, cetakan, warna dsbnya) samada dari pihak kedai buku ataupun kita sendiri..sekiranya terdapat sebarang masalah berkenaan perkara ini, sila sertakan satu salinan fotokopi muka surat yang bermasalah itu bersama-sama dengan tesis anda pada hari Isnin (19/10/09) untuk tujuan pembetulan..

2)turunkan tandatangan pada setiap salinan tesis yang telah anda perolehi..gunakan pen dakwat BASAH berwarna HITAM sahaja..untuk hasil yang lebih menarik, pinjamlah pen-pen 'mahal' yang dimiliki oleh ahli keluarga ataupun sesiapa sahaja yang anda kenali..

3)2 salinan yang telah siap disemak dan ditandatangani perlulah diserahkan kepada ketua kelas selewat-lewatnya pada hari Isnin (19/10/09) PAGI..ini kerana satu salinan tersebut akan diberikan kepada pihak OUM manakala yang selebihnya kepada pihak BPG..SATU salinan yang tinggal itu adalah untuk simpanan anda sendiri..

untuk sebarang butiran yang lebih lanjut ataupun sebarang masalah yang memerlukan maklumat yang lebih jelas, boleh hubungi ketua kelas untuk bantuan..sebarang sms 'cinta' tidak akan dilayan..

1 comments:

dark_eky said...

satu lagi aku lpe arie tue..
tarikh kt tandatangan nnt ltak trkh ujung sem lpas time kiter hantar tesis tue..
so aku rs dlm 26-29 mei tue bole la kot..

 
Copyright 2009 Preschool Troopers