Subscribe:

May 29, 2010

Sahaja aku meletakkan post ini..sudah hampir setengah tahun kita menjadi guru sebenar..bagaimana perasaan rakan-rakan yang lain??aku masih kadang2 keliru dihambat kemalasan dan rasa ingin berseronok dengan tanggungjawab dan juga idealisme aku sendiri..saban kali aku bangun di awal pagi dan terus berfikir "Malasnye rase nak pegi sekolah arie nie.."..dan ianya tidak berhenti di situ sahaja..sambil aku bersiap, membersihkan diri, menyarungkan baju hinggalah aku melangkah keluar dari rumah pertanyaan demi pertanyaan seperti itu menyebu benakku..aku kira aku masih lagi belum memperoleh kembali sifat ikhlas dalam melakukan sesuatu..atau mungkin keikhlasan sudah hilang sama sekali akibat sedemikian lama diketepikan..tetapi, aku masih lagi mengheret diriku setiap hari ke bangunan sekolah dan mengajar anak-anak kecil itu dengan sedaya yang aku mampu..aku tidak membenci pekerjaan ini..malah inilah yang aku cita-citakan semenjak kecil..aku gembira bergaul dengan murid-muridku, melihat mereka membuat kerja yang ku beri, membuka minda mereka terhadap perkara2 baru dan hanya duduk memantau tingkahlaku mereka dengan asyik dan penuh perhatian..malam hari pula aku merancang tekun proses p&p yang bakal aku jalankan pula pada keesokan harinya..berhempas-pulas aku memerah idea agar aktiviti-aktiviti yang aku rancangkan itu mempunyai kesinambungan dan dapat memberi pengetahuan baru kepada semua kanak-kanak itu..jadi mengapa wujudnya pemikiran yang negatif itu setiap kali aku bangun dari tidur dengan penuh kesegaran dan kesediaan menempuh satu hari yang baru??hubungan aku dengan rakan sekerja, pihak pentadbiran malah anggota-anggota bukan guru juga tidak menemui sebarang masalah yang boleh mengundang rasa tidak selesa dalam menjalankan tugas..tetapi mengapa kemalasan itu masih wujud sehingga kini??apakah itu semua hasutan iblis laknatullah yang ingin menggagalkan usaha aku mendidik anak Adam??atau itu semua datangnya dari keinginan aku sendiri yang aku pendamkan sedalam-dalamnya..aku kurang pasti..bagaimana pula dengan rakan-rakan??wujudkah kelemahan seperti ini dalam diri kamu semua??kalau ada, secepatnya perbetulkanlah niat anda untuk bekerja..mudah-mudahan pekerjaan yang diusahakan itu menjadi ibadat yang memberatkan timbangan anda di akhirat kelak..wallahualam..

6 comments:

F. Hanim M. said...

hmmmm....

dark_eky said...

kenape??
x percaye??
kui3 XD

ainko said...

agak kurangla..haha..itula..kadang2 ade msnye rs down sensangat n mls sesangat time ngaja..camne nak wat tuh eh

dark_eky said...

X pyh la mengaja..
hehehe =D
mksd aku cmnieh..
tukar aktvt ngan aktvt yg lebey santai..
aku pernah jer main gusti, kejar2 dll ngan bdak2..
ble dh wat cmtue rase lega n lebey segar nk mengajar blk..
cube arr..
wakaka XD

dzulhakim™ baharom said...

setuju dgn eky.

be their friend, 'play' with them.

not too formal.

cewah.

dark_eky said...

kids are friend..
not fool XD

 
Copyright 2009 Preschool Troopers